603-6126 5800 [email protected]

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Pemacu Perbandaran Berdaya Huni Ke Arah Status Bandaraya Pada 2030

2023

Anugerah Kemampanan Bandar (MURNInets) Peringkat Negeri Selangor

Anugerah Kemampanan Bandar (MURNInets) Peringkat Negeri Selangor

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Majlis Perbandaran Selayang atas pencapaian merangkul Anugerah Kemampanan Bandar (MURNInets) Peringkat Negeri Selangor sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Peringkat Negeri Selangor yang telah diadakan pada 18 November 2023.

Majlis anjuran Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (PLANMalaysia@Selangor) dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat (PDT Kuala Langat), Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Endah (MPKK Kg. Endah) telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor bertempat di Dewan Jubli Emas, Kampung Endah, Kuala Langat.

Anugerah ini diberikan kepada MPS sebagai tanda penghargaan daripada Kerajaan Negeri kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam melaksanakan MURNlnets. Semoga anugerah ini akan meningkatkan lagi persekitaran kehidupan yang mampan khususnya dalam kawasan pentadbiran MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani 
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
November
Tahun
2023

SUMBANGAN TABUNG AMANAH KEMANUSIAAN RAKYAT PALESTIN PERINGKAT PERKHIDMATAN AWAM

SUMBANGAN TABUNG AMANAH KEMANUSIAAN RAKYAT PALESTIN PERINGKAT PERKHIDMATAN AWAM

Majlis Perbandaran Selayang hari ini telah menyumbangkan sebanyak RM10,000 bagi Tabung Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin Peringkat Perkhidmatan Awam di Pejabat Perbendaharaan Negeri Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS).

Tabung kemanusiaan ini dilancarkan oleh kerajaan sebagai tanda solidariti penjawat awam dalam membantu rakyat Palestin.

Sumbangan hasil kutipan dari kakitangan MPS ini dikendalikan ANULAE Cawangan MPS dan telah diserahkan oleh YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS kepada YB Tuan Dr. Ahmad Fazli bin Ahmad Tajuddin, Pegawai Kewangan Negeri Selangor.

Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membela nasib yang menimpa saudara kita di Palestin.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani 
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
November
Tahun
2023

Anugerah Khas Komuniti Ceria Sempena Hari Anugerah Laman Hijau Negeri Selangor Tahun 2023

Anugerah Khas Komuniti Ceria Sempena Hari Anugerah Laman Hijau Negeri Selangor Tahun 2023

Sekalung tahniah diucapkan kepada Kebun Komuniti Flat Dadimur Taman Batu Caves yang telah menerima Anugerah Khas Komuniti Ceria sempena Hari Anugerah Laman Hijau Negeri Selangor Tahun 2023. Majlis telah diadakan pada 18 November 2023 bertempat di Midlands Convention Centre, Shah Alam dan dirasmikan oleh YB Tuan Borhan bin Aman Shah, EXCO Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor.

Hari Anugerah Laman Hijau Negeri Selangor di bawah kelolaan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor diadakan bertujuan untuk meraikan dan menghargai usaha-usaha komuniti strata dalam mengekalkan kelestarian alam sekitar melalui kebun-kebun komuniti dan pertanian bandar. 

Tahniah diucapkan sekali lagi atas kejayaan yang telah dicapai. Semoga komuniti di bawah pentadbiran MPS akan meneruskan program hijau dan mampan untuk meningkatkan kualiti hidup dan persekitaran.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani 
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
November
Tahun
2023

PROGRAM SELAYANG E-SPORTS CHALLENGE 2023

PROGRAM SELAYANG E-SPORTS CHALLENGE 2023

Tahniah diucapkan kepada juara Selayang eSports Challenge 2023 iaitu kumpulan Monster Vicious untuk Mobile Legends : Bang Bang, kumpulan Reviens untuk PUBG Mobile dan Ahmad Farid untuk FC24 (PS5). Penyampaian hadiah bagi pertandingan ini telah disempurnakan oleh Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS.

Selayang eSports Challenge yang telah diadakan pada 11 November 2023 bertempat di Selayang Mall merupakan anjuran kali kedua oleh Majlis Perbandaran Selayang dengan kerjasama Esports Selangor Association dan Digital Expert Studio. Pertandingan ini berobjektif untuk mempromosikan sukan digital dan menjadikan ia sebagai satu platform untuk komuniti eSports mengembangkan bakat ke arah yang lebih profesional. 

Senarai pemenang bagi setiap sukan yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

Mobile Legends : Bang Bang

Johan : Monster Vicious (RM2,000)
Naib Johan : Novoid (RM1,500)
Tempat ketiga : DQ Esport (RM1,000)

PUBG Mobile 

Johan : Reviens (RM2,000)
Naib Johan : R.U Tooeasy (RM1,500)
Tempat ketiga : Team 52 (RM1,000)

FC24 (PS5)

Johan : Ahmad Farid (RM1,100)
Naib Johan : Rasydan (RM800)
Tempat ketiga : Ahmad Danial (RM500)

Terima kasih kepada semua pasukan dan peserta individu yang telah turut mengambil bahagian dalam Selayang eSports Challenge 2023. 

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani 
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
November
Tahun
2023

Folding Garbage Bin (FGB)

Folding Garbage Bin (FGB)

Untuk memastikan persekitaran di pasar malam berada di tahap terbaik, Jabatan Pelesenan Majlis Perbandaran Selayang telah memperkenalkan Folding Garbage Bin (FGB).  

Inovasi FGB yang menampilkan kos yang rendah serta mudah alih ini akan diserahkan kepada semua pengelola di 34 lokasi pasar malam di bawah pentadbiran Selayang bermula 10 November 2023 untuk diletakkan di kawasan masing-masing. 

Sebagai simbolik pelancaran, penyerahan FGB kepada pengelola pasar malam dan apron kepada peniaga telah diadakan pada 9 November 2023 bertempat di Pasar Malam Bandar Baru Selayang.

Sebanyak tiga (3) unit FGB telah diserahkan di pasar malam tersebut bagi kegunaan para pengunjung membuang sampah dan 120 unit apron telah diserahkan kepada para peniaga.

Serahan telah dilakukan oleh Tuan Ahmad Zahiri bin Zahid Sofian, Ahli Majlis MPS Zon 7, Puan Zulaina binti Abu Talib, Pengarah Jabatan Pelesenan dan Encik Zariman bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Jabatan Pelesenan.

Semoga inisiatif ini dapat menjadikan pasar malam di pentadbiran Selayang berada dalam keadaan bersih selain memastikan para peniaga mematuhi SOP ketika menjalankan perniagaan. 

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
November
Tahun
2023

Sesi Kunjung Hormat Ahli Dewan Negeri Bukit Lanjan

Sesi Kunjung Hormat Ahli Dewan Negeri Bukit Lanjan

Sesi kunjung hormat YB Puan Pua Pei Ling, Ahli Dewan Negeri Bukit Lanjan kepada YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS telah diadakan pada 10 November 2023 bertempat di Pejabat Yang Dipertua.

Sesi ini bertujuan untuk membincangkan tentang isu-isu berkaitan sistem pembentungan, banjir dan pembangunan di kawasan-kawasan MPS yang turut berada di bawah kawasan Bukit Lanjan.

Turut hadir Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, pegawai-pegawai kepada YB Puan dan wakil-wakil dari jabatan dalaman MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
November
Tahun
2023