|
Jabatan Kontrak dan Ukur Bahan MPS bertanggungjawab mengendalikan beberapa aktiviti utama iaitu menyediakan dokumen tender dan sebutharga, menguruskan penjualan dokumen tender dan sebutharga termasuk menyediakan notis iklan, menyediakan laporan penilaian sebutharga/tender, menyemak dokumen kontrak, urusetia mesyuarat jawatankuasa sebutharga dan tender, mesyuarat jawatankuasa teknikal, kewangan, perunding dan urusetia pelupusan aset. Pengurusan Perolehan Majlis Perbandaran Selayang diuruskan secara terbaik dan paling menguntungkan dengan mematuhi prinsip perolehan seperti akuantabiliti awam, telus, nilai faedah terbaik serta saingan secara terbuka, adil dan saksama. Majlis telah melaksanakan tender dan sebutharga secara terbuka untuk memberi peluang kepada kontraktor untuk membuat tawaran bagi kerja-kerja yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Selayang selain mewujudkan saingan secara sihat dan pemilihan ke atas kos yang menguntungkan Majlis. Majlis juga memastikan pelaksanaan kerja dapat dibuat dengan sempurna.
FUNGSI & TANGGUNGJAWAB Jabatan Kontrak dan Ukur Bahan MPS bertanggungjawab menjalankan beberapa aktiviti seperti berikut :
|
Image
Pengarah Jabatan Zanariah binti Md. Zain Timbalan Pengarah Aisah Binti Zabari Ketua Kerani Nur Suhana binti Sulaiman Bahagian / Unit Tiada Jumlah Kakitangan 15 orang Sayap B, Tingkat 6 Menara MPS 03-6126 5806 |