603-6126 5800 [email protected]

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Pemacu Perbandaran Berdaya Huni Ke Arah Status Bandaraya Pada 2030

2023

Pemilik Premis Gagal Patuh Arahan, Hadapi Tindakan Perobohan

Pemilik Premis Gagal Patuh Arahan, Hadapi Tindakan Perobohan

Setelah mengendahkan notis perobohan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS), sebuah premis perniagaan telah dikenakan tindakan dalam satu Operasi Bersepadu yang diadakan pada 9 November 2023 di No.14 & 16, Jalan Perusahaan Ringan 1, 68100 Taman Industri Batu Caves.

Perobohan ini dilaksanakan disebabkan pemilik premis telah melakukan penambahan pembinaan di atas jalan awam yang telah menutup saliran longkang. Sehubungan itu, kegagalan pemilik premis untuk mematuhi arahan daripada pihak MPS telah dikenakan tindakan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Kawalan Perancangan (Akta 172).

Operasi yang bermula pada pukul 9.30 pagi ini diketuai oleh Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Bangunan MPS dengan lancar tanpa sebarang halangan atau provokasi. Seramai 30 orang dari jabatan dalaman MPS, Pejabat Daerah & Tanah Gombak serta Polis Diraja Malaysia telah turut terlibat.

MPS ingin mengingatkan pemilik premis mematuhi arahan, undang-undang dan tatacara yang ditetapkan atau pemilik boleh berdepan dengan tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
November
Tahun
2023

Pemilik Premis Perniagaan Dikenakan Tindakan Sitaan

Pemilik Premis Perniagaan Dikenakan Tindakan Sitaan

Akibat menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen dan melanggar syarat lesen, tiga (3) buah premis perniagaan di kawasan Gombak dan Rawang telah dikenakan tindakan dalam satu Operasi Sitaan pada 8 November 2023.

Sebuah rumah urut telah dikenakan tindakan di bawah Sek 3 Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan (MPS) 2007 atas kesalahan tidak mempunyai lesen. Selain itu, sebuah pub pula dikenakan tindakan di bawah Sek 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Selangor 1995 kerana tidak mempunyai lesen hiburan. Manakala, sebuah perniagaan kedai runcit pula didapati tidak mempunyai lesen untuk menjual arak dan telah dikenakan tindakan di bawah  Undang-Undang Kecil Perlesenan Establisymen Makanan (MPS) 2007 (Sitaan).

Hasil daripada operasi ini, sebanyak enam buah tilam, dua buah kerusi urut, sebuah bangku bulat, dua mesin dart, sebuah penguat suara (amplifier) dan 150 botol pelbagai jenis arak telah disita.

Operasi yang diketuai oleh Tuan Thivanrao A/L Prakasrow dari Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS dengan kekuatan seramai dua orang pegawai dan 30 orang anggota lain-lain pangkat bermula pukul 3.00 petang dan telah berakhir pada pukul 12.00 tengah malam.
 
Semua pemilik perniagaan diingatkan supaya sentiasa mematuhi dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengelakkan tindakan tegas diambil oleh MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
November
Tahun
2023

Bina Papan Dendeng (Hoarding) Atas Jalan, MPS Ambil Tindakan Roboh

Bina Papan Dendeng (Hoarding) Atas Jalan, MPS Ambil Tindakan Roboh

Akibat membina Papan Dendeng (Hoarding) di atas jalan yang melanggar syarat dan menimbulkan kacau ganggu, satu syarikat pemaju telah dikenakan tindakan perobohan ke atas papan tersebut. Tindakan ini telah dilaksanakan oleh MPS pada 7 November 2023 bertempat di Lot 23534, 23535, 23536 & 23527 Jalan 7A/3 Bandar Tasik Puteri, Rawang. 

Tindakan perobohan diambil di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Kawalan Perancangan (Akta 172). Pemilik bangunan juga telah diberi notis selama tujuh (7) hari untuk mengosongkan papan dendeng yang selebihnya di kawasan tersebut atau tindakan roboh akan diambil sekali lagi oleh pihak MPS.

Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Bangunan MPS telah mengetuai operasi bersepadu ini bermula pukul 9.00 hingga 11.00 pagi dengan lancar tanpa sebarang halangan atau provokasi. Seramai 30 orang dari jabatan dalaman MPS, Pejabat Daerah & Tanah Gombak serta Polis Diraja Malaysia telah turut terlibat.

Pihak pemaju adalah diingatkan untuk mematuhi arahan dan undang-undang yang ditetapkan atau tindakan tegas akan diambil oleh MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
November
Tahun
2023

Pelancaran Malaysia SDG Cities Network & World Habitat Day

Pelancaran Malaysia SDG Cities Network & World Habitat Day

Majlis Perbandaran Selayang telah menerima sijil pengiktirafan atas penyediaan SDG City Roadmap di Pelancaran Malaysia SDG Cities Network & World Habitat Day di Malaysia Urban Forum 2023 pada 6 November 2023 di Kuching, Sarawak. 

Sijil Pengiktirafan yang disampaikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan telah diterima oleh Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS. 

Penyediaan SDG Cities Roadmap ini adalah langkah awal MPS untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDGs) di Perbandaran Selayang.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
November
Tahun
2023

Kejohanan Liga Bola Sepak Remaja

Kejohanan Liga Bola Sepak Remaja

Untuk menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan para remaja, MPS telah menganjurkan Kejohanan Liga Bola Sepak Remaja bagi kategori umur bawah 14 tahun dan 16 tahun yang telah diadakan pada 4 November 2023 bertempat di Stadium MPS.

Bagi kategori umur bawah 14 tahun, SMK Bandar Tasik Puteri telah menewaskan SMK Tun Perak dengan keputusan 2-0. Manakala bagi kategori umur bawah 16 tahun pula, SMK Tun Perak telah berjaya menumpaskan SMK Darul Ehsan dengan keputusan akhir 2-0. 

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan. Semoga kejohanan ini dapat membentuk para remaja yang mempunyai semangat kesukanan yang tinggi. 

Penyampaian hadiah dan pingat kejohanan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS. 

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
November
Tahun
2023

Taklimat Peniaga Tapak Segi Tiga Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri

Taklimat Peniaga Tapak Segi Tiga Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri

Satu taklimat kepada peniaga Tapak Segi Tiga Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri telah diadakan pada 2 November 2023 bertempat di Pusat Komuniti Kundang Estate.

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Zariman bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Jabatan Pelesenan MPS dan Encik Muhammad Noor Salehuddin bin Kamis, Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS kepada 41 orang peniaga yang hadir.

Menerusi taklimat ini, MPS telah memaklumkan kepada para peniaga tentang tapak niaga yang telah dinaiktaraf dan pengoperasian akan bermula pada 4 November 2023. Turut diberikan penerangan berkenaan syarat-syarat permit meja lipat dan tindakan sekiranya peniaga tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
November
Tahun
2023