603-6126 5800 [email protected]

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Pemacu Perbandaran Berdaya Huni Ke Arah Status Bandaraya Pada 2030

2023

Program Tandas Bersih

Program Tandas Bersih

Tahniah diucapkan kepada R&R Rawang, AEON Mall Rawang dan Petronas Taman Daya kerana telah mengekalkan taraf lima bintang sebagai tandas yang bersih, selesa dan selamat untuk digunakan oleh orang awam bagi bulan Oktober 2023.

Pemeriksaan terhadap 25 premis telah dilakukan oleh pihak MPS bagi memastikan tandas awam di bawah kawasan pentadbiran Selayang kekal bersih, higenik dan mesra pengguna.

Diharapkan semua premis akan terus konsisten dalam mengekalkan dan memelihara kebersihan tandas awam di lokasi masing-masing.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
Oktober
Tahun
2023

Seminar Kehidupan Strata Sejahtera e-COB Majlis Perbandaran Selayang

Seminar Kehidupan Strata Sejahtera e-COB Majlis Perbandaran Selayang

Bagi meningkatkan kualiti dalam pengurusan kawasan berstrata, Seminar Kehidupan Strata Sejahtera e-COB Majlis Perbandaran Selayang Siri 3/2023 diadakan pada 28 dan 29 Oktober 2023 di Hotel Crystal Crown, Kuala Lumpur.

Seminar ini disertai oleh seramai 40 peserta melibatkan Joint Management Body (JMB) / Management Corporation (MC) di bawah pentadbiran MPS bertujuan untuk mempelajari tentang Sistem e-COB selain taklimat berkenaan pelaksanaan Perlantikan Ejen Pengurusan di bawah Seksyen 86.

Seminar selama dua hari ini telah dirasmikan oleh Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS. Turut hadir Tuan Sr. Mohd Asraf bin Mat Yajid, Pengarah Jabatan Pesuruhjaya Bangunan MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
Oktober
Tahun
2023

Hari Prihatin Rakyat Parlimen Gombak

Hari Prihatin Rakyat Parlimen Gombak

MPS telah turut serta dengan membuka Kaunter Aduan dan Kaunter Bayaran Bergerak MPS di Hari Prihatin Rakyat Parlimen Gombak yang telah diadakan pada 28 Oktober 2023 bertempat di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak.

Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan pada program ini antaranya Karnival Kerjaya, Pendaftaran Penerima Skim PERKESO, Saringan Kesihatan Percuma dan lain-lain lagi. 

YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS turut terlibat dengan Sesi Temujanji Ahli Parlimen Bersama Rakyat di mana setiap agensi terlibat menjawab aduan dan menyelesaikan isu yang dibawa oleh rakyat pada sesi tersebut. Sesi ini turut dihadiri oleh pengarah dan wakil jabatan dalaman MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
Oktober
Tahun
2023

Majlis Sinaran Deepavali 2023

Majlis Sinaran Deepavali 2023

Menjelang sambutan Deepavali, Biro Kebajikan Kakitangan India MPS telah menganjurkan Majlis Sinaran Deepavali kali ke-20 pada 27 Oktober 2023 bertempat di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak.

YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS dalam ucapannya berharap majlis seumpama ini dapat memupuk perpaduan pelbagai kaum dan budaya di negara ini khususnya di MPS.

Turut hadir memeriahkan majlis ini adalah Encik Murukan A/L Manickam, Pengerusi Biro Kebajikan Kakitangan India MPS; Ahli-Ahli Majlis MPS; wakil-wakil daripada KDSK, ANULAE dan MBJ MPS serta para pengarah jabatan MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
Oktober
Tahun
2023

Lagi Kerja-Kerja Pembersihan Oleh Anggota Unit Pantas

Lagi Kerja-Kerja Pembersihan Oleh Anggota Unit Pantas

Kerja-kerja pemotongan pokok dan pembersihan diteruskan lagi berikutan hujan lebat pada petang hari ini. Anggota Unit Pantas Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS telah mengambil tindakan di empat kawasan yang terlibat iaitu:

1. Persiaran Pegawai
2. Jalan Selayang Heights
3. Jalan Bandar Baru Selayang
4. FAMA Bandar Baru Selayang

Terima kasih atas bantuan pantas yang dihulurkan oleh semua pihak supaya jalan dapat dilalui dengan selamat.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
Oktober
Tahun
2023