2023
Sumbangan Pas My50 Oleh Ahli Majlis MPS Zon 12
Bersempena dengan Pelancaran Laluan Bas Baharu T152, Tuan U Chin Ong, Ahli Majlis MPS Zon 12 telah menyumbangkan Pas Perjalanan My50 Tanpa Had LRT, MRT, Monorel dan Bas Rapid kepada 50 orang awam yang terawal pada 23 Oktober 2023 bertempat di Perhentian Bas Jalan SJ 14, Taman Selayang Jaya.
Terima kasih diucapkan atas sumbangan ini. Diharapkan pas perjalanan ini akan menjadikan perjalanan lebih mudah dan menjimatkan masa selain dapat memanfaatkan pengangkutan awam yang disediakan oleh Kerajaan.
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama
Sumbangan Barang Keperluan Sempena Perayaan Deepavali Oleh Ahli Majlis MPS Zon 18
Terima kasih diucapkan kepada Puan Loo Voon May, Ahli Majlis MPS Zon 18 dan Tuan Anmuniandy A/L Vellymalai, Ahli Majlis MPS Zon 16 kerana telah menyumbangkan barang-barang keperluan sempena perayaan Hari Deepavali yang bakal tiba kepada penduduk sekitar.
Majlis penyerahan telah diadakan pada 22 Oktober 2023 bertempat di Batu Arang, Sungai Bakau dan Kuala Garing. Majlis turut dihadiri oleh YB Tuan William Leong Jee Keen, Ahli Parlimen Selayang bersama-sama YB Chua Wei Kiat, ADUN Rawang.
Semoga sumbangan ini dapat membantu menceriakan dan menambahkan suasana gembira sempena Hari Deepavali.
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama
Kejohanan Silat Piala Ahli Majlis Zon 10
Kejohanan Silat Piala Ahli Majlis Zon 10 (Pra Sukan Selangor 2023) anjuran bersama dengan PESAKA Gombak telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 21 dan 22 Oktober 2023 bertempat di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin, Batu Caves.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang telah menjuarai kejohanan ini. Diharapkan kejohanan ini memperkukuhkan silat sebagai seni mempertahankan diri rasmi Malaysia sebagai warisan bangsa.
Turut hadir ke kejohanan ini adalah Tuan Tuan Ahmad Zahiri bin Zahid Sofian, Ahli Majlis MPS.
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama
Kerja-Kerja Pembersihan Oleh Anggota Unit Pantas
Kerja-kerja pemotongan pokok dan pembersihan yang menghalang laluan telah diambil tindakan oleh Anggota Unit Pantas Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan MPS berikutan hujan lebat yang melanda semalam. Kerja-kerja bermula pukul 10.00 malam dan diakhiri pada pukul 3.00 pagi ini melibatkan 11 kawasan seperti berikut:
1. Padang Bola Sepak Sungai Pusu
2. Dataran Sungai Chinchin
3. Jalan KSK Utama
4. Jalan 7/4 menghala ke Sekolah Hillcrest
5. Masjid Al-Khairiyah
6. Jalan Utama Taman Bukit Desa
7. Desa Putra Apartment
8. Surau Sunway Batu Caves
9. Jalan SS 4 Taman Suria Selayang
10. Jalan Jasa Utama 9
11. Kampung Sungai Kertas
Jabatan Landskap MPS juga sedang melakukan kerja-kerja pemotongan pokok dan pembersihan di kawasan Jalan Utama Gombak Permai dan Jalan SG 1/8. Terima kasih atas bantuan yang telah diberikan oleh semua pihak.
MPS akan sentiasa bersedia bagi memastikan kawasan tersebut selamat untuk dilalui.
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama
Program Gotong-Royong Gombak Bersih Indah Bersama Ahli Majlis MPS, JKP Zon 3
Program Gotong-Royong Gombak Bersih Indah telah diadakan pada 21 Oktober 2023 bertempat di Bazar MPS Taman Greenwood.
47 pelajar daripada International Islamic University Malaysia (IIUM) telah turut serta sebagai sukarelawan. Terima kasih diucapkan kepada Ekowi, Qussas, KDEB Waste Management, IKRAM Gombak, Klinik Keluarga Greenwood, para peniaga medan selera dan Bazar Greenwood serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyumbangkan pelbagai bantuan, masa dan tenaga bagi menjayakan program ini.
Turut hadir pada program ini Tuan Ahmad Usamah, Ahli Majlis MPS, JKP Zon 3, barisan AJK Ekowi dan ahli IKRAM Gombak.
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama






















