2023
Program Cintai Alam Sekitar 2.0 Anjuran Ahli Majlis MPS Dan JKP Zon 1
Program Cintai Alam Sekitar 2.0 sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2023 telah diadakan pada 21 Oktober 2023 bertempat di Kebun Komuniti Gombak Utara.
Pelbagai aktiviti bersama-sama komuniti telah diadakan antaranya gotong-royong tanam pokok, kutipan pakaian terpakai, demonstrasi kendali bahan kitar semula dan membuat ecobrick. Jabatan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS turut mengadakan kitar semula E-Waste dan pengumpulan minyak masak pada program tersebut.
Tahniah kepada Tuan Haji Mazlan Musa, Ahli Majlis MPS dan JKP Zon 1 atas penganjuran program yang bermanfaat. Semoga program ini dapat memupuk rasa cinta alam sekitar dalam kalangan komuniti setempat.
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama
Perlawanan Persahabatan Sukan Ping Pong Antara MPS Dan UPSI
Perlawanan Persahabatan Sukan Ping Pong antara Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diadakan pada 19 Oktober 2023 bertempat di Lobi Menara MPS.
Perlawanan persahabatan ini diadakan bertujuan bagi menimba pengalaman dan meningkatkan lagi mutu permainan kedua-dua pasukan. MPS telah menjuarai perlawanan ini dengan keputusan 9-1 menentang UPSI.
Tahniah diucapkan kepada semua pemain dan pemenang.
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama
Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023
MPS hari ini telah turut menyertai Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 kali ke-7 yang telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor. SIBS 2023 akan berlangsung selama empat hari mulai 19 hingga 22 Oktober 2023 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Untuk makluman, MPS menyediakan kaunter informasi di Pavilion Invest Selangor berlokasi di Dewan 5 bagi berkongsi tentang informasi-informasi berkaitan kawasan pembangunan dan industri yang ditawarkan di perbandaran Selayang.
Di bawah Selangor Smart City & Digital Economy Convention (SDEC), MPS turut membuka reruai di Dewan 1 reruai bernombor 1041 untuk berkongsi tentang inisiatif pintar yang digunakan di MPS seperti Sistem GeoSpatial MPS, MyMPS, e-LESEN dan e-SIM.
Kepada anda yang berkelapangan jom sama-sama hadir ke Selangor International Business Summit (SIBS) 2023.
Untuk maklumat lanjut, layari www.selangorsummit.com
#SIBS2023
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama
Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi Dato’ YDP
Terima kasih YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi yang telah menabur bakti dan khidmat sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang selama 2 tahun 3 bulan. Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi Dato’ YDP telah diadakan pada 18 Oktober 2023 bertempat di Dewan Keraian dan Lobi Menara MPS.
Pelbagai pencapaian telah MPS raih sehingga ke hari ini dan berjaya mengangkat imej MPS melalui kejayaan yang dilakar. MPS mengucapkan selamat maju jaya dan semoga terus sukses di tempat baharu.
Turut sama meraikan ialah Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS; YDH Dato’ Paduka Raja Tan Sri Dato’ (Dr) Hj Wan Mahmood bin Pa’ Wan Teh, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Gombak; Tuan Amir Fazlee bin Khalid, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Gombak; Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS; barisan Ahli-Ahli Majlis MPS; tetamu jemputan; pengarah dan seluruh warga kerja MPS.
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama
Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kerajaan Tempatan (STANCO) Negeri Selangor Bil.3/2023
12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor diwakili oleh Datuk Bandar, Yang Dipertua dan Setiausaha serta wakil Jabatan/Agensi Teknikal Negeri Selangor yang berkaitan telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kerajaan Tempatan (STANCO) Negeri Selangor Bil.3/2023 yang dipengerusikan oleh YB Tuan Ng Suee Lim, EXCO Kerajaan Tempatan & Pelancongan pada 16 Oktober 2023 bertempat di Dewan Simfoni, Taman Rimba Bukit Lagong.
Mesyuarat ini merupakan satu platform yang bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara dasar berkaitan PBT bagi memperkasakan perkhidmatan PBT dan menyelesaikan isu-isu yang berbangkit.
Diharapkan mesyuarat ini dapat memperkasa PBT untuk tampil lebih cemerlang dan dinamik pada masa akan datang.
#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama























