603-6126 5800 [email protected]

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Pemacu Perbandaran Berdaya Huni Ke Arah Status Bandaraya Pada 2030

2023

Forum ‘Persediaan Negara Ke Arah Masyarakat Yang Menua’

Forum ‘Persediaan Negara Ke Arah Masyarakat Yang Menua’

MPS pada hari ini telah mengadakan Forum bertajuk ‘Persediaan Negara Ke Arah Masyarakat Yang Menua’ bersama-sama barisan panel iaitu Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS; YBhg. Datin Paduka TPr Dr. Dahlia Rosly; Majlis Penasihat Pertubuhan Perancang Malaysia; Tuan TPr Abdul Halim, Ahli Majlis Pertubuhan Perancang Malaysia dan Dr. Chua Rhan See, Pegawai Perancang Bandar dan Desa PLANMalaysia di Hotel Mercure, Selayang.

Seramai 40 peserta telah turut serta pada forum yang diadakan bersempena dengan lawatan daripada The Local Authorities International Cooperation Specialist Dispatch Project, Japan Council of Local Authorities for International Relations (JCLAIR). Menuju status negara tua menjelang 2030, forum ini memfokuskan tentang pembangunan intelek dan pembangunan fizikal untuk kemudahan masyarakat yang menua kelak.

Turut hadir Mr. Matsumoto Nobuhiko, Pengurus Kanan Penjagaan Warga Emas dan Pembangunan Insurans serta Kemudahan Pejabat Kebajikan Tobu Chuo, Jabatan Kebajikan Saitama; Mr. Nagata Takuya, Timbalan Pengarah Kanan JCLAIR; wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan; wakil dari Pejabat Daerah dan Tanah Gombak; wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor dan wakil-wakil dari jabatan dalaman MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
Oktober
Tahun
2023

Lawatan Japan Council of Local Authorities for International Relations (JCLAIR) Ke Majlis Perbandaran Selayang

Lawatan Japan Council of Local Authorities for International Relations (JCLAIR) Ke Majlis Perbandaran Selayang

The Local Authorities International Cooperation Specialist Dispatch Project, Japan Council of Local Authorities for International Relations (JCLAIR) memilih MPS sebagai lokasi bagi perkongsian kepakaran dan idea mengenai Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Malaysia dan Jepun. 

Program ini akan diadakan selama tiga hari iaitu dari 16 sehingga 18 Oktober 2023 dan Majlis Pembukaan telah berlangsung pada 16 Oktober 2023 bertempat di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS. Untuk makluman, MPS merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang kedua di Malaysia dan satu-satunya PBT di Negeri Selangor yang terpilih bagi program JCLAIR pada tahun 2023. 

Lawatan ini telah diketuai oleh pakar daripada Jepun iaitu Mr. Matsumoto Nobuhiko, Pengurus Kanan Penjagaan Warga Emas dan Pembangunan Insurans serta Kemudahan Pejabat Kebajikan Tobu Chuo, Jabatan Kebajikan Saitama dan Mr. Nagata Takuya, Timbalan Pengarah Kanan JCLAIR. Hasil dari lawatan ini diharapkan dapat mengukuhkan hubungan kerjasama antara MPS dan JCLAIR melalui perkongsian dan pengalaman tentang PAWE secara bersemuka.

Majlis turut dihadiri oleh Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS; Tuan A.Rahim Kasdi, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor; Puan TPr Juwairiyah Ho Abdullah, Setiausaha Kehormat Pertubuhan Perancang Malaysia; Puan Aslynda binti Mohd Dahlan, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Sektoral UPEN Selangor; barisan Ahli-Ahli Majlis MPS; pengarah dan wakil jabatan dalaman MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
Oktober
Tahun
2023

Pasukan COMBI Menang Pertandingan Projek Inovasi Perkhidmatan (Kategori Lisan)

Pasukan COMBI Menang Pertandingan Projek Inovasi Perkhidmatan (Kategori Lisan)

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Communication for Behavioural Impact (COMBI) Kebun Komuniti Garden 8 atas kemenangan mendapat tempat ketiga bagi Pertandingan Projek Inovasi Perkhidmatan (Kategori Lisan) dengan projek Inovasi Transformasi Lorong Belakang Rumah bagi Membenteras Wabak Denggi pada Konvensyen MyCHAMPION@KKM Peringkat Kebangsaan 2023.

Konvensyen ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan pada 15 Oktober 2023 bertempat di Hotel Summit, USJ Subang.

Semoga pengiktirafan kepada Kebun Komuniti Garden 8 terus menjadi inspirasi dalam melestarikan, memelihara dan memulihara alam sekitar.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
Oktober
Tahun
2023

Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan

Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan

Jelas terpancar keceriaan pada raut wajah masing-masing menerusi Program Masih Ada Yang Sayang anjuran Majlis Perbandaran Selayang yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Warga Emas Kebangsaan.

Program yang bertujuan untuk mewujudkan warga emas yang berdikari, memartabatkan diri dan dihormati oleh masyarakat telah diadakan pada 14 Oktober 2023 bertempat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kampung Kenanga, Rawang.

Pada tahun ini juga, pelbagai aktiviti dianjurkan khusus buat warga emas antaranya boling kelapa, dart, dam haji, congkak, mewarna, gubahan tuala dan anyaman ketupat.

Terima kasih diucapkan kepada Kelab Sukan dan Kebajikan (KSDK) MPS, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Gombak, Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 14 dan Kolej Komuniti Selayang yang turut membantu menguruskan persiapan dan pelaksanaan keseluruhan program pada hari ini.

Turut hadir Tuan Haji Az'har bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS; Tuan Haji Sulaiman bin Abu Samah, Ahli Majlis MPS; Encik Mohamad Aziz bin Abdul Kapi, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak; Puan Hajjah Minpin bin Kassim, Penyelaras PAWE Rawang; wakil-wakil daripada agensi dan para pesara MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
Oktober
Tahun
2023

Program Sumbangan 'Back To School' Ahli Majlis Zon 1

Program Sumbangan 'Back To School' Ahli Majlis Zon 1

Program Sumbangan 'Back To School' telah diadakan pada 13 Oktober 2023 bertempat di Pekarangan Pejabat Ahli Majlis Zon 1, Gombak Utara.

Program ini melibatkan seramai lebih 100 orang pelajar yang turut dihadiri oleh guru dari sekolah yang terlibat yang bertujuan untuk membantu para pelajar yang memerlukan dalam fasa pembukaan semula sesi persekolahan bagi tahun 2024.

Tahniah kepada Tuan Haji Mazlan Musa, Ahli Majlis MPS atas sumbangan ini. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan kewangan keluarga pelajar.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
Oktober
Tahun
2023

Majlis Penyerahan Rasmi Galeri Batu Arang Gombak-Hulu Langat Geopark

Majlis Penyerahan Rasmi Galeri Batu Arang Gombak-Hulu Langat Geopark

Majlis Penyerahan Rasmi Galeri Batu Arang Gombak-Hulu Langat Geopark oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) kepada Majlis Perbandaran Selayang telah diadakan pada 12 Oktober 2023 bertempat di Dewan Simfoni, Taman Rimba Bukit Lagong.

Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza bin Mohd Noor, Setiausaha Bahagian Mineral dan Geosains, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim bersama-sama YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS telah menandatangani dokumen penyerahan rasmi info panel dan bahan pameran Galeri Batu Arang. Penyerahan rasmi juga telah disaksikan oleh Tuan Haji Kamaruddan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia bersama-sama Tuan Haji Az'har bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS.

MPS berharap Galeri Batu Arang ini dapat menjadi salah satu tarikan utama pelancong di Batu Arang untuk melihat galeri yang penuh dengan peninggalan sejarah dan keunikannya yang tersendiri selain info-info Batu Arang yang dapat dimanfaatkan oleh para pengunjung.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
Oktober
Tahun
2023