603-6126 5800 [email protected]

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Pemacu Perbandaran Berdaya Huni Ke Arah Status Bandaraya Pada 2030

2023

Program Ceria Kembali Ke Sekolah

Program Ceria Kembali Ke Sekolah

Program Ceria Kembali Ke Sekolah telah diadakan pada Perhimpunan Bulanan Peringkat MPS pada 29 November 2023 bertempat di Lobi Menara MPS.

Baucer sebanyak RM200 telah diberikan 230 orang melibatkan murid-murid yang kurang berkemampuan seperti anak-anak yatim dan golongan asnaf serta anak-anak daripada golongan B40 daripada tujuh buah sekolah iaitu SMK Seri Selayang; SK Taman Seri Gombak; SJK (C) Selayang Baru, SJK (T) Rawang; SMK Bandar Tasik Puteri; SK Merbau Sempak dan SK Taman Ehsan untuk membeli keperluan sekolah bagi sesi 2024.

Semoga dengan sumbangan ini akan menjadi pendorong kepada murid-murid untuk berusaha bersungguh-sungguh dan menjadi insan bermanfaat kepada agama, bangsa serta negara.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
November
Tahun
2023

Agihan Digital Kupon RAHMAH Pemerkasaan Penjaja

Agihan Digital Kupon RAHMAH Pemerkasaan Penjaja

Sesi agihan Digital Kupon RAHMAH Pemerkasaan Penjaja Melalui Inisiatif Platform Selangor (PLATS) sempena Program PLATS Masuk Pasar telah diadakan pada 23 November 2023 bertempat di Pasar Malam Bandar Baru Selayang. Ini merupakan lokasi jelajah yang keempat bagi program ini.

Kupon bernilai sebanyak RM5 diagihkan melalui kod QR kepada para pengunjung untuk membantu dan meningkatkan jualan para peniaga yang berdaftar dengan PLATS. Sebanyak 1,000 kupon telah berjaya diedarkan kepada para pengunjung. YB Puan Anfaal binti Saari, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Negeri Selangor turut berkesempatan hadir dan memberi sokongan atas pelaksanaan inisiatif ini.

Turut hadir ke program ini adalah Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS; Encik Ahmad Azri bin Zainal Nor, Ketua Jabatan Tanggungjawab Sosial dan Komunikasi Korporat; Tuan Wan Anwar bin Ibrahim dan Tuan Ahmad Zahiri bin Zahid Sofian, Ahli Majlis MPS serta Puan Zulaina binti Abu Talib, Pengarah Jabatan Pelesenan MPS.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
November
Tahun
2023

Pemantauan Dan Pemeriksaan Denggi Di Selayang Baru

Pemantauan Dan Pemeriksaan Denggi Di Selayang Baru

Majlis Perbandaran Selayang telah mengadakan siasatan di lapangan bagi pemantauan dan pemeriksaan denggi pada 21 November 2023 bertempat di Selayang Baru.

Hasil pemeriksaan mendapati jentik-jentik (larva) telah ditemui di stor menyimpan barangan binaan milik syarikat seperti tong cat, besi, bekas plastik dan tayar. Sampel larva tersebut juga didapati positif Aedes Albopictus dan Aegypty. 

Berikutan itu, tindakan kompaun telah diambil di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975. Notis Kacau Ganggu Seksyen 82 turut diberikan kepada pemilik syarikat untuk melantik syarikat kawalan serangga (pest control) untuk membuat kawalan serta melaksanakan kerja-kerja pembersihan kawasan secara berkala.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
November
Tahun
2023

Majlis Penyampaian Hadiah Program Bank Kitar Semula Peringkat Sekolah Tahun 2023

Majlis Penyampaian Hadiah Program Bank Kitar Semula Peringkat Sekolah Tahun 2023

Tahniah diucapkan kepada semua sekolah yang telah menjadi pemenang sempena Majlis Penyampaian Hadiah Program Bank Kitar Semula Peringkat Sekolah Tahun 2023 yang telah diadakan pada 21 November 2023 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia. 

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS. Majlis turut dihadiri Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, Puan Norliza binti Brahim, Pengetua SMK Gombak Setia, Puan Nur Faeeza binti Osman, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Gombak dan Dr. Hj. Ahsarutheen bin Hj. Mohiadeen, Yang Dipertua PIBG SMK Gombak Setia.

Sebanyak empat kategori telah dipertandingkan bermula 15 Mei 2023 hingga 31 Ogos 2023 meliputi 31 buah sekolah di peringkat Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah iaitu Kutipan Barangan Kitar Semula Terbanyak; Kutipan Minyak Masak Terpakai Terbanyak; Kutipan Barangan E-Waste Terbanyak dan Skuad Bank Kitar Semula Terbaik.

Terima kasih dan tahniah kepada semua sekolah yang telah turut serta bagi program tahun ini. Diharapkan program seumpama ini akan menjadi satu langkah proaktif dalam usaha memupuk sikap memelihara dan memulihara alam sekitar.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani 
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
November
Tahun
2023

Lawatan MPS Ke Kebun Komuniti Garden 8 & Kebun Komuniti Geliga Nilam (KKGN)

Lawatan MPS Ke Kebun Komuniti Garden 8 & Kebun Komuniti Geliga Nilam (KKGN)

Tuan Adi Faizal Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS pada hari ini telah mengadakan lawatan ke projek Kebun Komuniti yang telah diusahakan oleh penduduk setempat di Taman Perwira, Gombak. Turut hadir Ketua Kejiranan Fasa 1, Tuan Abdul Latiff bin Mohamed serta YDP Badan Pewira Setia Indah Gombak (BKPSIG), Tuan Azri bin Shamsul. 

Dalam lawatan tersebut, Tuan TYDP memuji usaha serta kerjasama komuniti yang sangat proaktif dan inovatif dalam membangunkan kebun komuniti di kawasan tersebut. Beliau juga mengucapkan syabas serta berbangga dengan banyak pengiktirafan dan anugerah yang diterima pihak Garden 8 untuk inisiatif projek ini.  

MPS berharap agar inisiatif cemerlang seperti ini dapat terus berkembang dan menjadi contoh kepada kawasan-kawasan lain di bawah pentadbiran Selayang.

Garden8.malaysia

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani 
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
November
Tahun
2023