603-6126 5800 [email protected]

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Pemacu Perbandaran Berdaya Huni Ke Arah Status Bandaraya Pada 2030

2023

Program Bengkel Pembuatan Aiskrim Yogurt Viral

Program Bengkel Pembuatan Aiskrim Yogurt Viral

Program Bengkel Pembuatan Aiskrim Yogurt Viral telah diadakan pada 2 Disember 2023 bertempat di Pusat Khidmat Ahli Majlis Zon 9 dan dikendalikan sendiri oleh Tuan Haji Muhammad Najmi bin Samsudin, Ahli Majlis MPS.

Seramai 50 peserta bersama-sama mempelajari cara pembuatan Aiskrim Yogurt Viral yang diajar secara percuma. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan diharapkan dengan program ini dapat menimba ilmu dan dapat dipraktikkan sebagai salah satu inisiatif untuk menjana pendapatan.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
Disember
Tahun
2023

PROGRAM TANAM POKOK PERDANA MPS 2023

PROGRAM TANAM POKOK PERDANA MPS 2023

YB Puan Jamaliah bin Jamaluddin, EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar pada hari ini telah merasmikan Program Tanam Pokok Perdana Majlis Perbandaran Selayang 2023 bertempat di Elmina Business Park.

Program yang sama juga turut diadakan di dua lokasi secara serentak iaitu di Denai Sungai Kebangsaan, Sungai Batu, Gombak dan Taman Pinggiran Pelangi, Rawang. Seramai 550 sukarelawan telah terlibat di ketiga-tiga lokasi untuk menanam pokok. 

Terima kasih diucapkan kepada para pemaju iaitu Sime Darby Property Sdn. Bhd.; Daikin Malaysia Sdn. Bhd.; JPS Gombak; Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS); Malaysia Nature Society (MNS); STERIS; Kian Joo Can Factory dan Vivar Printing Sdn. Bhd. yang telah menyumbang dan menjadikan program pada hari ini satu kejayaan buat MPS.

YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS dalam ucapannya berharap penganjuran program sebegini dapat mendatangkan manfaat dalam aspek keindahan, kebersihan persekitaran dan pembangunan landskap secara menyeluruh.

Turut hadir Tuan Appollo Leong, Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Bandar, Sime Darby Property Berhad; Tuan Tan Yong Cheem, Timbalan Presiden, Daikin Malaysia Sdn. Bhd.; Puan Cindy Chong, Pengurus Kumpulan Sumber Manusia Kian Joo Can Factory Berhad; Ahli-Ahli Majlis MPS dan para pengarah jabatan MPS.

Jamaliah Jamaluddin

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
Disember
Tahun
2023

Mesyuarat Majlis Bil.11/2023

Mesyuarat Majlis Bil.11/2023

Sekitar Mesyuarat Majlis Bil.11/2023 yang telah berlangsung pada 29 November 2023 bertempat di Bilik Siantan, Bangunan Lama MPS. 

Mesyuarat majlis ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS. Turut hadir dalam mesyuarat ini Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS, Tuan Haji Az'har bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS, Ahli-Ahli Majlis MPS dan pengarah-pengarah jabatan MPS. 

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani 
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
November
Tahun
2023

Demonstrasi Drone Majlis Perbandaran Selayang

Demonstrasi Drone Majlis Perbandaran Selayang

Majlis Perbandaran Selayang pada hari ini telah melakukan demonstrasi sebanyak enam buah drone baharu milik MPS kepada YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS; Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS; YDH Dato’ Paduka Raja Tan Sri Dato’ (Dr) Hj Wan Mahmood bin Pa’ Wan Teh, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Gombak; Ahli-Ahli Majlis MPS dan pengarah jabatan MPS.

Enam buah drone model DJI Mavic 3 Enterprise Series Aircraft, DJI Matrice 30T Aircraft dan DJI Mavic 2 Intelligent Flight Battery berteknologi tinggi ini menelan belanja keseluruhan RM135,195.00. Pembelian drone ini adalah salah satu usaha MPS untuk memodenkan sistem pemantauan terutama pemantauan sampah haram, kacau ganggu dan kerja tanah tanpa kebenaran.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
November
Tahun
2023

Jualan Agro Madani Anjuran ANULAE Cawangan MPS

Jualan Agro Madani Anjuran ANULAE Cawangan MPS

Jualan Agro Madani anjuran ANULAE Cawangan MPS bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah diadakan pada 29 November 2023 di Pekarangan Tapak Parkir Menara MPS.

Seramai 500 pengunjung yang hadir pada program ini telah berpeluang menikmati jualan istimewa bagi produk Industri Kecil Sederhana (IKS), jualan buah bermusim dan pelbagai makanan.

YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua MPS; Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS; YDH Dato’ Paduka Raja Tan Sri Dato’ (Dr) Hj Wan Mahmood bin Pa’ Wan Teh, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Gombak dan Puan Ruzani Sohot, Pengerusi ANULAE Cawangan MPS turut berkesempatan meninjau tapak-tapak jualan tersebut.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
November
Tahun
2023