603-6126 5800 [email protected]

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Pemacu Perbandaran Berdaya Huni Ke Arah Status Bandaraya Pada 2030

2023

Majlis Minum Petang Bersama Pengunjung Kolam Air Panas Selayang

Majlis Minum Petang Bersama Pengunjung Kolam Air Panas Selayang

YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang telah menghadiri Majlis Minum Petang Bersama Pengunjung Kolam Air Panas Selayang anjuran Pertubuhan Skuad Peka Rawang dengan kerjasama Ahli Majlis dan Jawatankuasa Penduduk Zon 11 da 14 MPS pada hari ini.

Program santai ini berobjektif untuk meraikan pengunjung selain memberi penghargaan kepada kumpulan NGO -“Friends of Hotspring Selayang” yang telah membantu penjagaan kawasan ini. 

Selain beramah mesra bersama pengunjung, Dato’ YDP turut meluangkan masa meninjau keadaan sekitar dan turut menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada pengunjung. 

Tahniah diuacapkan kepada Tuan Haji Sulaiman Bin Abu Samah, Ahli Majlis Zon 14 MPS merangkap Pengerusi Pertubuhan Skuad Peka Rawang atas penganjuran program ini.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani 
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
Disember
Tahun
2023

Sumbangan Tong Sampah Kepada Penduduk Kampung Permata

Sumbangan Tong Sampah Kepada Penduduk Kampung Permata

Penduduk Kampung Permata, Kuang telah menerima sumbangan tong sampah baharu sebanyak enam (6) unit daripada Tuan Saharudin bin Abu Bakar, Ahli Majlis Zon 19 MPS pada 29 November 2023.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Saharudin atas sumbangan ini dan diharapkan ia memberikan kemudahan penduduk dalam menjaga kebersihan dan keceriaan di kawasan sekitar.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
Disember
Tahun
2023

Jualan Agro Madani Anjuran ANULAE Cawangan MPS

Jualan Agro Madani Anjuran ANULAE Cawangan MPS

Jualan Agro Madani anjuran ANULAE Cawangan MPS bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah diadakan pada 27 Disember 2023 bertempat di Pekarangan Tapak Parkir Menara MPS.

Seramai 15 usahawan dengan 23 lot kanopi telah menjual pelbagai produk Industri Kecil Sederhana (IKS), jualan buah bermusim dan pelbagai makanan kepada 552 pengunjung.  Inisiatif ini diharapkan dapat membantu rakyat untuk mendapatkan bekalan produk segar dengan mudah.

Tuan Adi Faizal bin Ahmad Tarmizi, Timbalan Yang Dipertua MPS dan Puan Ruzani Sohot, Pengerusi ANULAE Cawangan MPS turut berkesempatan meninjau tapak-tapak jualan tersebut.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
Disember
Tahun
2023

Tahniah ANULAE Cawangan Majlis Perbandaran Selayang

Tahniah ANULAE Cawangan Majlis Perbandaran Selayang

Sekalung tahniah diucapkan kepada ANULAE Cawangan Majlis Perbandaran Selayang yang telah menerima Anugerah Cawangan Cemerlang atas Pencapaian Cemerlang Pengurusan Kesatuan dan Program Cawangan bagi Sesi 2020-2023 pada 23 Disember 2023 bertempat di New York Hotel, Johor Bahru.

Anugerah telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Zahari bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar sempena Persidangan Perwakilan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan (ANULAE) Tritahunan Kali ke-28 bagi sesi 2023-2026.

Anulae Majlis Perbandaran Selayang

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani 
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
Disember
Tahun
2023

Program Boling Santai Selayangku Sayang 2023

Program Boling Santai Selayangku Sayang 2023

Program Boling Santai Selayangku Sayang 2023 telah berlangsung meriah dengan penyertaan sebanyak 22 agensi di bawah daerah Gombak pada 22 Disember 2023 bertempat di Lite Superbowl, Selayang Mall. Program ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan aktiviti riadah dan merapatkan silaturahim antara agensi yang terlibat.

Senarai pemenang bagi setiap kategori adalah seperti berikut:

High Pin Fall – Kumpulan

Johan : Penyedlidikan Perhutanan Negara
Naib Johan : Hospital Selayang
Ketiga : Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.

High Pin Fall – Individu

Johan : Irwan Shah bin Hashim, Jabatan Pengairan & Saliran Daerah Gombak
Naib Johan : Mohd Hafiz bin Md. Tahir, Hospital Selayang
Ketiga : Mohd Sharul Amin bin Mat Shaharuddin, Institut Penyelidikan Perhutanan Negara (FRIM)

High Number of Strikes – Individu

Johan : Irwan Shah bin Hashim, Jabatan Pengairan & Saliran Daerah Gombak
Naib Johan : Zainurul Ezhar Zulkifli, Bank Islam Berhad (Cawangan Selayang)
Ketiga : Aimi Kamilah binti Che Jaafar, Pejabat Pendidikan Daerah Gombak

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan terima kasih kepada para peserta atas komitmen bagi menjayakan program ini. Semoga program seumpama ini dapat terus meluaskan jaringan ukhuwah sesama agensi.

#selayangkusayang
#mpssejahteramakmurbersama
#malaysiamadani
#kitaselangormajubersama

Tarikh Berita
Bulan
Disember
Tahun
2023