603-6126 5800 [email protected]

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

PROGRAM PEMANTAPAN BANGUNAN KEDIAMAN BERSTRATA 2025

PROGRAM PEMANTAPAN BANGUNAN KEDIAMAN BERSTRATA  2025

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah melaksanakan Program Pemantapan Bangunan Kediaman Berstrata (Comprehensive Strata Management and Residential Training @ C-SMART) Tahun 2025 yang berlangsung dari 7 hingga 9 November 2025 bertempat di Bayview Hotel, Pulau Pinang.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Dr. Hanizan bin Sahib, Penolong Pengarah Kanan, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Selangor.

Program anjuran bersama LPHS ini telah disertai oleh 20 skim kediaman berstrata di bawah pentadbiran MPS. Sepanjang program, delegasi MPS turut mengadakan kunjungan ke Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan lawatan ke skim strata di kawasan pentadbiran MBSP dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bagi tujuan perkongsian pengalaman serta amalan terbaik pengurusan berstrata.

Secara keseluruhannya, pelaksanaan program ini telah memberi pendedahan mendalam berkaitan peranan dan tanggungjawab badan pengurusan selain menjadi platform perkongsian ilmu serta jaringan strategik antara pihak berkuasa tempatan dan komuniti strata.

MPS akan terus menyokong usaha memperkukuh tadbir urus komuniti berstrata melalui inisiatif latihan dan kerjasama strategik bersama agensi berkaitan demi kesejahteraan penduduk di bawah pentadbiran MPS.