603-6126 5800 [email protected]

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

MPS SERTAI DELEGASI SELANGOR KE PAMERAN CIIE 2025 DI SHANGHAI, CHINA

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG (MPS) SERTAI DELEGASI SELANGOR KE PAMERAN CIIE 2025 DI SHANGHAI, CHINA

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah menyertai Delegasi Selangor bagi Program Pemerkasaan Usahawan Selangor dan Penyertaan MIHAS@Shanghai 2025, bersempena China International Import Expo (CIIE) 2025 yang berlangsung di National Exhibition and Convention Centre (NECC), Shanghai, China.

Delegasi ini diketuai oleh YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Keusahawanan Negeri Selangor, dengan penyertaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negeri. Melalui inisiatif yang diterajui oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) bersama Kerajaan Negeri Selangor, platform ini menjadi peluang kepada usahawan daerah untuk memperkenalkan produk tempatan ke pasaran antarabangsa.

MPS turut menampilkan usahawan daerah, Infinity Venture Marketing, dengan produk minuman Buxembelle Drinks Special Edition (Botanical Beverage – Dates Honeydew Flavour).

Turut sama dalam delegasi ini ialah Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua; serta Tuan Haji Mohd Syukri bin Abdullah Zawawi, Pengarah Jabatan Perlesenan merangkap Pegawai Perhubungan Usahawan yang turut menyelia penyediaan reruai dan susunan produk pameran.

Penyertaan MPS dalam program berprestij ini bukan sahaja memperkukuh peranan majlis dalam memperkasa usahawan tempatan, tetapi juga menjadi bukti komitmen MPS dalam mempromosikan kecemerlangan produk dan perkhidmatan daerah Selayang di peringkat global.