603-6126 5800 [email protected]

Laman Web Rasmi

Majlis Perbandaran Selayang

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PERSIDANGAN PENGURUS-PENGURUS SUMBER MANUSIA

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PERSIDANGAN PENGURUS-PENGURUS SUMBER MANUSIA

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒-𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐄𝐑 𝐌𝐀𝐍𝐔𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓

28 Oktober 2025 | Geno Hotel, Subang Jaya

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) terus mengekalkan kecemerlangan dalam melaksanakan tanggungjawab membangun dan memperkasa modal insan apabila menerima Sijil Penghargaan Penarafan Lima Bintang Standard Kualiti Pelaksanaan AKRAB & Pementoran Perkhidmatan Awam Negeri Selangor Tahun 2025.

Penganugerahan berprestij ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Yazid bin Sairi, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) sempena Majlis Perasmian Penutup Persidangan Pengurus-Pengurus Sumber Manusia dan Hari Psikologi Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 2025 yang berlangsung di Geno Hotel, Subang Jaya.

Kehadiran YBrs. Tuan Haji Az’har bin Samsuri, Timbalan Yang Dipertua MPS, bersama Puan Mazurah binti Mohamed, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan dan Puan Sr Fazlin Mariam binti Mustafa, wakil AKRAB MPS, menyerlahkan sokongan berterusan pihak MPS terhadap usaha memperkukuh kesejahteraan dan kecemerlangan warga kerja.

Pencapaian ini mencerminkan dedikasi MPS dalam mengamalkan budaya kerja positif, sokongan psikologi di tempat kerja serta pementoran yang berkesan selaras dengan aspirasi perkhidmatan awam negeri Selangor ke arah tadbir urus yang berintegriti dan berdaya saing.

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PERSIDANGAN PENGURUS PENGURUS SUMBER MANUSIA DAN HARI PSIKOLOGI PENTADBIRAN SUK 2025