603-6126 5800 [email protected]

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Pemacu Perbandaran Berdaya Huni Ke Arah Status Bandaraya Pada 2030

Info Jabatan Perundangan

Image
sidepanel_pengarah_jabatan_perundangan

Jabatan Perundangan MPS bertanggungjawab menjalankan aktiviti menguruskan hal-hal perundangan undang-undang MPS termasuk hal-hal pendakwaan dan sivil, meneliti dan mengawasi kes yang melibatkan apa-apa tuntutan terhadap pihak MPS dan pada mana-mana pihak, memberi nasihat perundangan, menggubal undang-undang MPS, meningkatkan pengetahuan kakitangan dan pegawai mengenai hal-hal undang-undang dan menentukan dan melaksanakan langkah awalan serta mengarahkan pendakwaan.

 

FUNGSI & TANGGUNGJAWAB

Jabatan Perundangan MPS bertanggungjawab menjalankan beberapa aktiviti seperti berikut :

  • Memberi nasihat dan pandangan mengenai perkara yang berkaitan dengan perundangan MPS.
  • Menggubal dan meminda undang-undang kecil majlis dari semasa ke semasa.
  • Merangka kertas-kertas pertuduhan, sama ada aduan bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang awam dan menjalankan pendakwaan di mahkamah iaitu sebutan dan perbicaraan.
  • Mengambil tindakan ke atas guaman sivil.